Utama
Kemudahan awam yang terdapat di Peramu Jaya 3 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, balairaya, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dewan orang ramai dan surau juga turut terdapat di Peramu Jaya 3.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar Pekan, Pahang.
MASJID TENGKU AISYAH MANDAK
( MASJID PULAU SERAI )
SURAU PERAMU JAYA 3
SURAU AL-FIRDAUS TANAH PUTIH
MASJID TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD
( MASJID AT-TAQWA )

MAKLUMAT KAMPUNG
Kg Peramu Jaya 3 terletak dalam Mukim Pahang Tua. Terdapat 5 buah kampung sekitar Mukim Pahang Tua. Kampung-kampung tersebut adalah:-
i) Kg Peramu Jaya 3
ii) Kg Lamir
iii)Kg Pahang Tua
iv)Kg Tanah Putih
v) Kg Sawah
Di bawah Kg Peramu Jaya 3 pula terdapat 5 Taman Perumahan iaitu:-
i) Peramu Jaya 3
ii) Peramu Jaya 2
iii)Taman Mentiga Jaya
iv) Taman Sepekan Jaya
v) Taman Sepekan Makmur
vi) Perumahan Rakyat 1 Malaysia
vii) Perumahan Pulau Serai
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan kepada penduduk sejajar dengan perkembangan semasa. Terdapat 4 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah disekitar Peramu Jaya. Sekolah-sekolah tersebut adalah:-
Sekolah Rendah
i) SK Tanah Putih
ii) SK Pahang Tua
iii) SK Peramu Jaya
iv) SK Pulau Serai
v) SK Pekan Jaya
Sekolah Menengah
i) SMK Dato’ Mahmud Mat
ii) SMK Peramu Jaya
iii) Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI)
iv) Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak
Selain daripada itu juga kemudahan-kemudahan awam lain seperti Dewan Orang Ramai, Perpustakaan Awam, Pejabat Pendidikan, Pusat Kesihatan, Pejabat KWSP, Pondok Polis dan Balai Bomba terletak disekitar kawasan ini.



LAPORAN NOVEMBER 2024
Tarikh : 16 November 2024 Masa : 4.00 petang Lokasi : NADI Peramu Jaya 3 Peserta : 6 orang Tujuan Tujuan kelas kesedaran diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada […]
JADUAL AKTIVITI NOVEMBER 2024
TARIKH PROGRAM 4/11/2024 My Health 6/11/2024 Blog 7/11/2024 ERAE 8/11/2024 Program 5pillar @ SKPJ 9/11/2024 E-Sports Mobile Legend peringkat Negeri 10/11/2024 Penggunaan internet untuk pembelajaran 13/11/2024 Keusahawanan Sosial 14/11/2024 Pembiayaan […]
LAPORAN OKTOBER 2024
TARIKH : 8 Oktober 2024 MASA : 3.00 petang LOKASI : NADI Peramu Jaya 3 PESERTA : 18 orang Tujuan Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan […]
KISAH KEJAYAAN CELIK IT SUKU TAHUN KEEMPAT 2024
LATAR BELAKANG CALON : Nama : NorSuhaili Bt Azahari Tarikh Lahir : 24 Julai 1994 Umur : 30 Tahun Pekerjaan : Tidak Bekerja Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat , […]
JADUAL AKTIVITI OKTOBER 2024
TARIKH PROGRAM 1/10/2024 My Health 4/10/2024 Pengenalan Jaringan Komputer 7/10/2024 Permainan Pendidikan Online 8/10/2024 KDB Bersama LPPKN 10/10/2024 ERAE 13/10/2024 NADI Mahir 14/10/2024 Asas Microsoft Publisher 16/10/2024 Pemasaran & Penjualan […]
SOALAN LAZIM
1.Bagaimanakah cara untuk saya memohon NADI di kawasan saya? Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi […]
LAPORAN SEPTEMBER 2024
TARIKH : 14-18 September 2024 MASA : 10.00 pagi LOKASI : NADI Peramu Jaya 3 PESERTA : 1 orang Tujuan Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada […]


