Utama

Kemudahan awam yang terdapat di Peramu Jaya 3 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, balairaya, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dewan orang ramai dan surau juga turut terdapat di Peramu Jaya 3.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar Pekan, Pahang.

MASJID TENGKU AISYAH MANDAK

( MASJID PULAU SERAI )

masjid pulau serai

SURAU PERAMU JAYA 3

surau pj3

SURAU AL-FIRDAUS TANAH PUTIH

surau firdaus

MASJID TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD
( MASJID AT-TAQWA )

MAKLUMAT KAMPUNG

Kg Peramu Jaya 3 terletak dalam Mukim Pahang Tua. Terdapat 5 buah kampung sekitar Mukim Pahang Tua. Kampung-kampung tersebut adalah:-

i) Kg Peramu Jaya 3

ii) Kg Lamir

iii)Kg Pahang Tua

iv)Kg Tanah Putih 

v) Kg Sawah

Di bawah Kg Peramu Jaya 3 pula terdapat 5 Taman Perumahan iaitu:-

i) Peramu Jaya 3

ii) Peramu Jaya 2

iii)Taman Mentiga Jaya

iv) Taman Sepekan Jaya

v) Taman Sepekan Makmur

vi) Perumahan Rakyat 1 Malaysia

vii) Perumahan Pulau Serai

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan kepada penduduk sejajar dengan perkembangan semasa. Terdapat 4 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah disekitar Peramu Jaya. Sekolah-sekolah tersebut adalah:-

Sekolah Rendah

i) SK Tanah Putih

ii) SK Pahang Tua

iii) SK Peramu Jaya

iv) SK Pulau Serai

v) SK Pekan Jaya

Sekolah Menengah

i) SMK Dato’ Mahmud Mat

ii) SMK Peramu Jaya

iii) Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI)

iv) Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak

Selain daripada itu juga kemudahan-kemudahan awam lain seperti Dewan Orang Ramai, Perpustakaan Awam, Pejabat Pendidikan, Pusat Kesihatan, Pejabat KWSP, Pondok Polis dan Balai Bomba terletak disekitar kawasan ini. 

 

UAT SKMM

September 4, 2015 Galeri Foto

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) SKMM Tarikh: 31 Julai 2015 (Jumaat) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3

Baca lanjut →

Kelas Frog VLE

August 22, 2015 Galeri Foto

Kelas Frog Virtual Learning Environment (VLE) Tarikh: 6 Ogos 2015 (Khamis) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3

Baca lanjut →

Taklimat Pertandingan Video

Taklimat Pertandingan Video “Kenali Internet” Tarikh: 5 Ogos 2015 (Rabu) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3

Baca lanjut →

Jamuan Hari Raya & PI1M Terbuka 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri & PI1M Terbuka 2015 Tarikh: 4 Ogos 2015 (Selasa) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3

Baca lanjut →

SEJARAH PERAMU JAYA 3

July 26, 2015 Sejarah

Perumahan Peramu Jaya 3 mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada mulanya kawasan perumahan ini adalah kawasan hutan paya yang diselenggarakan oleh kerajaan negeri untuk membina perumahan kos rendah bagi penempatan kaum melayu […]

Baca lanjut →

Pertandingan Poster

July 3, 2015 Galeri Foto

Program A&P 2015 Pertandingan Poster Tema Alam Semulajadi Tarikh: 14 Jun 2015 (Ahad) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3      

Baca lanjut →

Program Cuti Sekolah dan KDB

Program Cuti Sekolah dan KDB Tarikh: 10 – 12 Jun 2015  Tempat: Perpustakaan Desa Peramu Jaya 3. (Program kerjasama dengan Perpustakaan Desa Peramu Jaya 3)

Baca lanjut →

Klik dengan Bijak (KDB)

June 3, 2015 Galeri Foto

Klik dengan Bijak (KDB) Tarikh: 30 Mei 2015 (Sabtu) Tempat: RTC Pahang di Kuala Pahang, Pekan. (Sempena Program Visit Kuala Pahang & Kembara Dakwah Pahang FM)  

Baca lanjut →

Klik dengan Bijak (KDB)

May 8, 2015 Galeri Foto

Klik dengan Bijak (KDB) Tarikh: 6 Mei 2015 (Rabu) Tempat: SK. Pulau Serai

Baca lanjut →

Klik dengan Bijak (KDB)

April 15, 2015 Galeri Foto

Klik dengan Bijak (KDB) Tarikh: 15 April 2015 (Rabu) Tempat: SK. Tanah Puteh

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya