Utama
Kemudahan awam yang terdapat di Peramu Jaya 3 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, balairaya, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dewan orang ramai dan surau juga turut terdapat di Peramu Jaya 3.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar Pekan, Pahang.
MASJID TENGKU AISYAH MANDAK
( MASJID PULAU SERAI )
SURAU PERAMU JAYA 3
SURAU AL-FIRDAUS TANAH PUTIH
MASJID TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD
( MASJID AT-TAQWA )

MAKLUMAT KAMPUNG
Kg Peramu Jaya 3 terletak dalam Mukim Pahang Tua. Terdapat 5 buah kampung sekitar Mukim Pahang Tua. Kampung-kampung tersebut adalah:-
i) Kg Peramu Jaya 3
ii) Kg Lamir
iii)Kg Pahang Tua
iv)Kg Tanah Putih
v) Kg Sawah
Di bawah Kg Peramu Jaya 3 pula terdapat 5 Taman Perumahan iaitu:-
i) Peramu Jaya 3
ii) Peramu Jaya 2
iii)Taman Mentiga Jaya
iv) Taman Sepekan Jaya
v) Taman Sepekan Makmur
vi) Perumahan Rakyat 1 Malaysia
vii) Perumahan Pulau Serai
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan kepada penduduk sejajar dengan perkembangan semasa. Terdapat 4 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah disekitar Peramu Jaya. Sekolah-sekolah tersebut adalah:-
Sekolah Rendah
i) SK Tanah Putih
ii) SK Pahang Tua
iii) SK Peramu Jaya
iv) SK Pulau Serai
v) SK Pekan Jaya
Sekolah Menengah
i) SMK Dato’ Mahmud Mat
ii) SMK Peramu Jaya
iii) Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI)
iv) Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak
Selain daripada itu juga kemudahan-kemudahan awam lain seperti Dewan Orang Ramai, Perpustakaan Awam, Pejabat Pendidikan, Pusat Kesihatan, Pejabat KWSP, Pondok Polis dan Balai Bomba terletak disekitar kawasan ini.



Kelas Intel Learn Easy Step (ILES) Nov
Kelas ILES MS Excel Tarikh: 14 November 2015 (Sabtu) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3
Gotong-Royong PI1M
Gotong – Royong di PI1M Tarikh: 4 November 2015 (Rabu) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3
Bengkel Kecantikan
Bengkel Kecantikan Mary Kay Tarikh: 2 November 2015 (Isnin) Tempat: Dewan Peramu Jaya 3.
Gotong-Royong Mega
Majlis Pelancaran COMBI & Gotong-Royong Perangi Aedes Tarikh: 1 November 2015 (Ahad) Tempat: Perkarangan Masjid Kg. Pulau Serai, Pekan.
Keselamatan Penduduk
KESELAMATAN Di Peramu Jaya 3 mempunyai tahap kawalan keselamatan yang baik. Satu Pondok Polis disediakan di sini di mana ditempatkan pegawai-pegawai polis yang berkaliber di mana keselamatan penduduk menjadi keutamaan. […]
Pertanian
PERTANIAN Keistimewaan Pahang Tua ialah Jelapang padinya yang mengeluarkan hasil setiap tahun.Terdapat 7,211 hektar jelapang padi di sekitar daerah pekan dan Pahang Tua sendiri mempunyai keluasan Jelapang padinya yang seluas […]
Keusahawanan
PASAR TANI DAN PASAR MALAM Pasar Tani dan Pasar Malam merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli keperluan harian selain daripada membeli belah di Pasaraya. Di Daerah Pekan juga terdapat Pasar […]
Kelas E- Learning Mewarna Online 2
Program bersama Kanak-Kanak TASKA Peramu Jaya 3 Tarikh: 21 Oktober 2015 (Rabu) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3
Kelas E- Learning Mewarna Online
Program bersama Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Peramu Jaya 3 Tarikh: 20 Oktober 2015 (Selasa) Tempat: PI1M Peramu Jaya 3


