mcmc
Maklumat PI

Maklumat NADI

MARIA

SELAMAT DATANG KE NADI PERAMU JAYA 3

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN :

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADI Peramu Jaya 3 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

Pengenalan asas komputer

Asas internet

Aplikasi elektronik ( e-kerajaan , e-pembelajaran , e-dagang )

Desktop publishing seperti Microsoft Office ( atas permintaan )

Latihan keusahawanan

Kelas e-Rezeki

 JUMLAH KEAHLIAN :
NADI Peramu Jaya 3 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Peramu Jaya 3 bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 AHLI LAMA 2799
AHLI BARU BULAN JANUARI 2026 37
KESELURUHAN PADA JANUARI 2026 2836
 KENALI PETUGAS NADI : 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

PENGURUS
 MARIA
Nama : Puteri Maria Bt. Raja Zainuddin
Mula berkhidmat : 5 Mac 2010
PENOLONG PENGURUS
SOLEHAH
Nama : Nur Solehah Bt. Ahmad Suhaimi
Mula berkhidmat : 9 Jun 2017