LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025
Kempen Internet Selamat (KIS)
Pertandingan Mencipta E-Poster NADI
Pertandingan Mencipta E-Poster NADI dianjurkan sempena Program Kempen Internet Selamat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar dan belia, tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Melalui pertandingan ini, peserta digalakkan menzahirkan kreativiti serta menyampaikan mesej positif berkaitan keselamatan siber, pencegahan buli siber dan penggunaan teknologi secara berhemah. Inisiatif ini juga selaras dengan peranan NADI sebagai pusat komuniti digital dalam membudayakan amalan internet selamat dalam kalangan masyarakat.