LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026
Kelas Mahir Masak intake 3
Kelas Mahir Masak di NADI bagi Pengambilan 3 telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran asas dan lanjutan dalam bidang masakan, khususnya kepada komuniti setempat yang berminat menjana pendapatan atau meningkatkan kemahiran kendiri.