LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nurul Intan Shafinaz Bt Mhd Suhor
Tarikh Lahir : 09 Februari 2005
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Usahawan Makanan
Pendidikan : Sekolah Menengah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini, Cik Intan menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dan hanya menerima tempahan daripada jiran terdekat.Perniagaan beliau juga kurang mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi. Beliau sering datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang sedia ada juga memperkenalkan perniagaannya.Beliau juga meminta pertolongan pihak NADI untuk membantu mempromosi jualan beliau. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di NADI untuk kebaikan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf PEDI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PEDI yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.Beliau sering mendapat tempahan perniagaannya daripada komuniti dan orang luar.Kini hasil jualannya bertambah dari masa ke semasa dan beliau juga telah mempunyai bengkel dan kedai roti sendiri.Beliau juga telah mempunyai beberapa pekerja untuk menolong menghasilkan produknya kerana sentiasa mendapat permintaan ramai daripada komuniti setempat.
Apakah yang Telah Dipelajari Melalui NADI
1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.
2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.
3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.
Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PEDI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT
PEDI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.