mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2024

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Siti Nurul Aqidah bt. Sh. Mohd Amin

Tarikh Lahir : 27 Februari 1990

Umur : 34 Tahun

Pekerjaan : Menjual ayam gunting

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Puan Aqidah menjalankan perniagaannya secara kecil kecilan dan tiada mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi. Beliau sering datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang ada juga memperkenalkan perniagaannya. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di NADI untuk kebaikan perniagaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf NADI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui aplikasi whatsapp. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui NADI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

NADI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

NADI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan