TINY TECHIES : BENGKEL MAHIR TINY TECHIES ROBOTIK SUMO SESI 1
Tarikh : 27 September 2025
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : NADI Peramu Jaya 3
Tujuan : Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas robotik dan pengaturcaraan melalui aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini juga bertujuan untuk mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, dan bekerjasama dalam kumpulan. Melalui bengkel ini, peserta dapat belajar membina dan mengendalikan robot Sumo, sekali gus memupuk minat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sejak usia muda.