mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI


Pada 7 September 2025 (Ahad), satu program khas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah diadakan di NADI Peramu Jaya 3. Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat yang hadir bagi memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

  • Pertandingan E-Sukan yang menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti sihat dan berdaya saing.
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang bertemakan kemerdekaan, bagi memupuk semangat patriotisme sejak kecil.
  • Pertandingan Hiasan Kek Bertemakan Kemerdekaan, yang menampilkan kreativiti serta bakat komuniti dalam seni dekorasi kek.

Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat patriotisme, cinta akan negara, serta menghayati erti kemerdekaan dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai lapisan umur.