mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN KEDUA 2025

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Muhammad Hairi

Tarikh Lahir : 14 Januari 1992

Umur : 33 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Permainan Digital

Pendidikan : Sekolah Menengah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Encik Hairi menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dan hanya menerima tempahan daripada jiran terdekat.Perniagaan beliau juga kurang mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi. Beliau sering datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang  sedia ada juga memperkenalkan perniagaannya.Beliau juga meminta pertolongan pihak NADI untuk membantu mempromosi jualan beliau. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di NADI untuk kebaikan perniagaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf NADI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.Beliau sering mendapat tempahan perniagaannya daripada komuniti dan orang luar.Kini hasil jualannya bertambah dari masa ke semasa.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui NADI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

NADI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

NADI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.